Tiket Konsert Justin Bieber Live In Malaysia Mula Dijual Sabtu Ini Khas Untuk Pelanggan TuneTalk. Kepada peminat-peminat Justin Bieber, jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan tiket untuk menyaksikan persembahan artis remaja Justin Bieber di Stadium Merdeka pada 21 April 2011 jam 8.30 malam. Tiket-tiket mula dijual pada sabtu ini 15-Januari-2011 khas untuk pelanggan-pelanggan Tune Talk Mobile Prepaid.
Kaunter tiket mula dibuka pada jam 12 tengah hari di Bangsar Village 2 dan banyak aktiviti yang akan berlangsung disana. Selain dari jualan tiket kepada pelanggan Tune Talk Mobile Prepaid, Tunetalk juga mengadakan pelbagai permainan dan hadiah menanti anda antaranya Rupa seperti Bieber, menyanyi dan menari seperti Justin Bieber di Bangsar Village 2 concourse nanti mulai jam 10pagi.
Menurut Jason Lo (Tune Talk CEO). Justin Bieber My World Tour adalah event terbesar khas untuk menghargai pelanggan setia Tune Talk Mobile Prepaid.
Tiket berharga dari RM498, RM358, RM288, RM188, RM188 dan RM98 setiap satu dan sebanyak 17,000 tiket akan dijual, tiket adalah terhad jadi dapatkan tiket anda seawal yang boleh. Siapa cepat dia dapat okey..
Untuk maklumat lanjut sila rujuk : Justin Bieber My World Tour www.rockthisjoint.com.my.







No comments:
Post a Comment